Pada 11 Februari 2013 berlaku krisis pencerobohan Lahad Datu 2013 mengaitkan kepada insiden diplomatik yang berlaku di antara Malaysia dan Filipina sejurus selepas 235 orang Filipina yang sebahagiannya bersenjata mendarat di Kg. Tanduo, Daerah Lahad Datu, Sabah.
Pada 5 Mei 2013 di adakan Pilihanraya ke 13 Malaysia. UMNO telah menang tipis. Selepas itu pelbagai insiden yang menggugat keamanan dan kestabilan negara berbilang kaum ini. Kuasa politik Melayu mula lemah.
Renungan : Di sebalik apa yang berlaku itu pasti ada yang tersirat dan tersurat berhubung dengan Jadual Allah di bumi Berdaulah ini. Bermula bulan oktober 2013, amat jelas adanya Tangan2 Ghaib yang mula mencatur pemerintahan di Malaysia.
Firman Allah maksudnya;
Dan kepada Allah jualah sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi tunduk menurut, sama ada dengan sukarela atau dengan terpaksa; dan (demikian juga) bayang-bayang mereka; pada waktu pagi dan petang. (Surah 13 : ayat 15)
Pada 3 March 2014 berlaku peristiwa di Besut, masjid telah di ceroboh dan Al-Quran telah di selerakkan sehingga di letakkan di dalam tandas.
Pada 8 March 2014 juga berlaku peristiwa kehilangan MH 370 yang menjadi perhatian seluruh dunia dan sehingga kini tidak dapat di temui.
Berikut adalah pandangan dari blogger berhubung isu2 di atas;
MH370 : Berlaku peralihan kuasa negara pertengahan April 2014? - Oleh Blogger Kontroversi (Bradokapak)
17. Dalam hal ini, Episod Pertama bagi setiap tahun adalah perakara besar yang terjadi. Bagi tahun 2013, Episod Satunya adalah tragedi Sulu di Lahad Datu. Bagi tahun ini pula, Episod Satunya adalah tragedi hilangnya MH370.
18. Episod kedua bagi tahun 2013 adalah PRU-13 dan Episod ke-2 bagi tahun 2014 adalah sesuatu yang lebih besar yang akan mula dipentaskan kepada orang awam seawal pertengahan April ini. Saya tidak dapat menceritakan perkara yang belum terjadi untuk mengelakkan fitnah. Namun, apa yang dapat saya kongsikan adalah, mungkin terjadinya peralihan kuasa dalam Episod kedua yang bakal dipentaskan tidak lama lagi nanti.
Selanjutnya....
Berikut tulisan saya dalam blog ;
Bulan March 2014
- Connecting The Dots - Zionists & 911 : Zionists & ...
- Membongkarkan Rahsia Besar Berhubung dengan MH 37...
- MH 370 - Kotak Hitam - Magic Box
- Kisah Masjid Limbongan, Besut serta Pulau Rhu,Besu...
- 16 Mei 2014 : Pertemuan Dengan "White Spiritual Bo...
- 6 Jahanam : Kebangkitan Dari Timur Mengikut Jadual...
- 6 Jahanam : Revolusi Warna Tajaan USA Melanda Mal...
- Berakhirnya " 6 Jahanam" : Islam Akan Menang Dan T...
- 1 Mei 2014 : Bagaimana Membangunkan Jemaah Yang...
Alhamdulillah. Pertemuan dengan Tuanku itu, tersingkap 1001 rahsia berhubung dengan Jadual Allah berhubung dengan Kebangkitan Islam Kali ke 2 Dari Timur.
Rupa-rupanya pertemuan dengan Tuanku adalah satu Rahmat dan Nikmat dariNya untuk mengubat kerinduan untuk saya serta seluruh rakyat Malaysia pelbagai kaum malahan seluruh penduduk dunia yang menantikan
Pemimpin yang dijanjikan Allah Membawa kemakmuran.
Rindu
Rindu itu adalah
Anugerah dari allah
Insan berhati nurani
Punyai rasa rindu
Rindu pada kedamaian
Rindu pada ketenangan
Rindukan kesejahteraan
Dan juga kebahagiaan
Orang-orang bertaqwa
Rindu akan kebenaran
Kejujuran dan keikhlasan
Keredhaan Tuhannya
Orang mukmin merindukan
Anak-anak yang soleh
Isteri-isteri yang solehah
Keluarga bahagia
Para pejuang kebenaran
Rindukan suasana
Masyarakat yang terjalin
Berlandaskan syariat
Merindukan tertegaknya
Kalimah Allah di muka bumi
Dan dalam merindukan
Akan datangnya syahid
Dan seluruh umat ini
Merindukan akan munculnya
Pemimpin yang dijanjikan Allah
Membawa kemakmuran.
Dengan Hak Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani
Allah SWT Zat Yang Maha Agung, seluruh makhluk adalah di dalam genggamanNya. Allah SWT yang menjadikan sesuatu itu dengan berkata: “Jadi”, maka jadilah perkara itu.
Kita
tentu amat gembira andainya dimaklumkan bahawa sebuah gunung di negara
kita akan bertukar menjadi gunung emas. Rasa gembira dan senang hati itu
kerana kita adalah rakyat negara ini. Selain adanya rasa kekitaan,
tentunya kita turut menaruh harapan bakal memperolehi manfaat bersama dari hasil emas yang sebesar gunung itu.
Kalau demikian tentulah kita akan merasai lebih lebih lagi gembira apabila diberitahu bahawa sesuatu yang lebih besar nilainya berbanding gunung emas bakal terjadi di negara kita ini. Tidak lain dan tidak bukan ialah Malaysia bakal menjadi tapak kegemilangan Islam menuju zaman ummah kedua di akhir zaman ini. Ertinya Malaysia bakal menjadi daulah Islamiyah.
Tentulah sepatutnya lebih bangga dan gembira apabila ianya termasuk
yang diisyaratkan sebagai daulah yang menjadi tapak ummah. Di situ juga munculnya pimpinan Pemuda Bani Tamim
yang membawa laluan menuju ummah kedua. Dari situlah bermulanya
keagungan Islam hingga ke alam sejagat. Inilah yang telah dijanjikan
atau diisyaratkan oleh Rasulullah SAW.
Rujuk kembali kepada Hadis sebelum ini; Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
(Hadis riwayat At Tabrani)
Sebelum Mengatur Kita Di Atur.
Firman Allah maksudnya;
Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatupun), kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.
(Surah 81 : Ayat 29 )
Siapakah Amirul Mukminin Syeikh Ahmad Abdul
Kadir Iskandar D'Zulkarnain
###Ayahnya bernama Ismail terkenal dengan gelaran Ismail Pulau Besar @ Tok Perak @ Ismail Simpang 4. Sebelum berlaku 13 Mei 1969 , telah berkumpul 17 pemimpin-pemimpin Melayu bertemu dengan ayahnya, maka bertitik tolak dari pertemuan itulah seramai 17 pemimpin2 tersebut telah berbaiah dengan Ismail Pulau Besar. Di antaranya ialah Kiyai Salleh, Dato' Harun, Rashid Maiden, ...... Baiah yang berasaskan Piagam 13 dan merupakan salah satu dari sunah Rasululullah SAW .Bermula saat itulah sehingga tertubuhnya PEKIDA , Selempang Merah dan pelbagai NGO dan Majlis-majlis di seluruh Malaysia. Keamanan dan kedaulatan Bumi Bertuah ini terpelihara walaupun telah berlaku peristiwa 13 Mei 1969.
###Moyang kepada Amirul Mukminin Syeikh Ahmad Abdul Kadir Iskandar D'Zulkarnain adalah Sultan Antah Berantah dari Kesultanan Acheh.
Pada tahun 1824 telah berlaku perjanjian yang melibatkan 3 pihak iaitu Belanda, Inggeris dan Sultan Antah Berantah. Isi kandungan dalam Perjanjian tersebut amat di rahsiakan oleh pemerintah Malaysia selepas ke merdekaan. Antara yang terahsia telah di dedahkan oleh Tuanku berhubung dengan tempoh masa tertentu akan kembalikan hak pemerintahan kepada keturunan Sultan Antah Berantah.
Kesultanan Acheh sebelum kejatuhannya mempunyai empayar yang besar dan memilikki khazanah dan aset-aset yang begitu besar di seluruh dunia. Pada era tahun 1300 , Kesultanan Acheh telah menyalurkan dana yang amat besar ke negara Barat yang telah di landa wabak penyakit yang telah meragut ratusan juta penduduk.
Firman Allah maksudnya;
Dan demi sesungguhnya, Kami telah tulis di dalam Kitab-kitab yang Kami turunkan sesudah ada tulisannya pada Lauh Mahfuz: “Bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hambaKu yang soleh”.
(Surah 21:ayat 105)
Setelah 133 tahun selepas tarikh Perjanjian 1824, Malaysia telah di berikan kemerdekaan oleh British dan aset-aset dari Keturunan Tuanku telah di gunakan oleh pemerintah Malaysia.
"Bermula Perdana Menteri Pertama sehingga Perdana Menteri ke Tiga Malaysia, mereka semua telah berjumpa dan mohon keizinan dari Ayah Tuanku berhubung dengan penggunaan aset-aset tersebut. Alangkah malangnya, mereka semua langsung tidak menjaga kebajikan keluarga Tuanku"
Warisan :Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta
Kediaman Maharani di Kuala Kangsar Perak.Bonda kepada Amirul
Mukminin Syeikh Ahmad Abdul Kadir Iskandar D'Zulkarnain
Sempena menyambut kedatangan 1 Ramadhan 1435 bersamaan dengan 29.6.2014,
dari lubuk hati yang paling dalam ini ingin kongsi kisah yang pasti
menyentuh hati semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum yang tinggal di
Bumi Berdaulah ini.Kisah ini berkenaan Syeikh Ahmad Abdul Kadir Iskandar
D'Zulkarnain serta keluarganya yang bakal...Selanjutnya.
Semasa Era Pemerintahan Perdana Menteri ke 4 iaitu Dr. Mahathir Mohamad, langsung beliau tidak bertemu dengan Ayah Tuanku, malahan telah menggunakan aset-aset Tuanku secara berleluasa dan telah sembunyikan dan pelbagai usaha di buat untuk lenyapkan hak itu. Usaha-usaha itu berlanjutan sehingga kepada Perdana menteri yang ke enam iaitu Najib Razak.
Tidakkah Najib Razak dan Dr. Mahathir tidak mengambil tauladan bagaimana kesudahan Presiden Soekarno dan Soeharto telah menerima nasib yang malang sekali dan segala aset-aset mereka telah di bekukan.
Akhirnya kini nasib yang menimpa kepada Presiden Indonesia itu telah menimpa Dr. Mahathir dan Najib serta konco-konconya telah di bekukan.
Pada bulan Oktober 2013, Syeikh Ahmad Abdul Kadir Iskandar D'Zulkarnain telah kaviat pemerintah Malaysia melalui ICJ dan akhirnya penyelewengan dan salah guna aset-aset tersebut terbongkar sudah. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu telah memberi amanah kepada Sir Thomas Mueller iaitu Ketua kepada Bank Dunia untuk menguruskannya.
Kini 7 bulan telah berlalu, rupa-rupanya apa yang cuba di sembunyikan oleh PM sudah tidak dapat di tutup lagi. Pemerintahan secara ghaib yang berlangsung sebelum ini mula menampakkan diri.
MENGHAMPIRI HARI PERTABALAN PEWARIS RAJA [KERAJAAN] YANG BAKAL MENGGEMPARKAN DUNIA DAN BAKAL MENGUBAH WAJAH KERAJAAN DUNIA SELEPAS "HILANG" RATUSAN TAHUN DARI LIPATAN SEJARAH DUNIA SERTA KAITANNYA DENGAN ASET WHITE SPIRITUAL BOY!
Setelah 57 tahun merdeka (kononnya) tetapi di lepaskan Sihir Kabballah yang di tukar kepada sistem Politik,Kebudayaan, Pendidikan dll. kini
TIBA MASANYA...
Apa yang bakal berlaku selepas itu ialah pandangan rakyat jelata akan berubah kepada memandang tinggi dan menghormati Institusi Raja atau Sultan yang selama ini mereka "dididik" memperlekehkannya oleh Sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen ciptaan Iblis melalui tentera Dajjalnya yang dinamakan sebagai Kumpulan Freemason se dunia itu.
Rakyat jelata nanti akan dapat melihat dengan nyata akan kekuatan kewangan dan ekonomi Sistem Pemerintahan RAJA Berpelembagaan/Mutlak melalui projek projek MEGA lagi strategik yang ditentukan kelulusannya oleh Jemaah Tuanku terlebih dahulu melalui Sistem Bank Dunia dan PBB. Rakyat jelata juga bakal melihat tiada lagi projek projek di bawah bidang kuasa parti politik sepertimana yang biasa mereka lihat di negara mereka mahupun di negara negara di dalam PBB selama ini.
Senario kuasa parti politik sebegitu berlaku adalah kerana PBB mengamalkan Sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen hingga kini.
Apabila rakyat jelata melihat dengan nyata akan kekuatan sumber kewangan dan ekonomi Sistem Pemerintahan RAJA Berpelembagaan/Mutlak di sesebuah negara, maka secara tidak langsungnya ianya akan mengangkat kembali"MARTABAT" Raja Raja Dunia di mata rakyat jelata. Yang mana selama ini martabat itu telah "dirampas" dengan tipu daya yang keji oleh orang orang politik di dalam sesebuah kerajaan ciptaan Iblis melalui kuasa Kumpulan Freemason se dunianya itu sejak ratusan tahun dahulu hingga kini.
Firman Allah maksudnya;
Iblis berkata: ” Wahai Tuhanku! Jika demikian, berilah tempoh kepadaku hingga ke hari mereka dibangkitkan (hari kiamat) “.
Allah berfirman: ” Dengan permohonanmu itu, maka sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh -
Hingga ke hari masa yang termaklum “.
Iblis berkata: ” Demi kekuasaanmu (wahai Tuhanku), aku akan menyesatkan mereka semuanya, -
"Kecuali hamba-hambaMu di antara zuriat-zuriat Adam itu yang dibersihkan dari sebarang kederhakaan dan penyelewengan “. Allah berfirman: ” Maka Akulah Tuhan Yang Sebenar-benarnya, dan hanya perkara yang benar Aku firmankan -
(Surah 38 : ayat 79 - 85)
pergh gelaran khalifah tu amirul mukminin, gempak la siotttt. bro, nak high five. eh bro plak, tuanku nk minta high five sikit! ✋😃
ReplyDeleteha satu lagi, kalau tuanku mengatakan yang Malaysia ni ibu ayah keturunan tuanku yang punya itu saya tak hairan lah sgt, tapi kalau mekkah & madinah tu milik keturunan tuanku, itu mmg gempak. saya nak baiah bawah tuanku hohoho
ReplyDeleteMemang pernah diketahui perkara sebegini... sejarah tidak berubah, selalunya yang menjadi berubah disebabkan ketamakan pemimpin politik sendiri
ReplyDelete