Saturday, June 21, 2014

Amirul Mukminin Syeikh Ahmad Abdul Kadir Iskandar D'Zulkarnain Kunci Utama Kegemilangan Umat Islam


Dengan Hak Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani.

Puji-pujian buat Allah tuhan penguasa semesta Alam.

Selawat dan salam ke atas paduka baginda Nur Muhammad saw. Terima kasih kerana keagungan Allah saya di pertemukan dengan Amirul Mukminin Syeikh Ahmad Abdul Kadir Iskandar D'Zulkarnain.  

16 Mei 2014 : Pertemuan Dengan "White Spiritual Boy" di Bumi Bertuah Malaysia


LIWA' AL HAMDI : PANJI RASULULLAH

White Spiritual Boy adalah Amirul Mukminin Syeikh Ahmad Abdul Kadir Iskandar D'Zulkarnain.
Kita sudah masuk fasa teragung dalam sejarah manusia. Fasa pertembungan dua individu yang dijanjikan di akhir zaman yakni Imam Mahdi alaihis salam dan Dajjal laknatullah. Sejak zaman Nabi Adam as manusia dikhabarkan bahawa suatu masa dalam sejarah manusia akan tiba satu masa agung dimana berlakunya peristiwa maha dahsyat yang tak pernah dirasai sejak alam ini diciptakan.

Kita yang hidup pada hari ini hendak dikatakan bertuah boleh juga hendak dikatakan sangat malang boleh juga.Inilah masanya, masa teragung yang dijanjikan Allah sejak penciptaan Alam. Kitalah yang terpilih. Ada manusia tercari-cari siapakah Imam Mahdi. Ada yang mencari Putera Bani Tamim bagi mendapatkan Imam Mahdi namun Allah dan Rasul menyimpan seribu satu rahsia dalam jadual Allah yang berlaku di akhir zaman untuk memastikan bahawa kebenaran pasti menang walau apa cara sekalipun.

Jadual Allah adalah rahsia perjalanan sejarah manusia yang dititipkan pada paduka baginda Nur Muhammad saw. Jadual Allah ini kemudian dititipkan kepada Sayyidina Mahdi as. kemudian Jadual Allah itu dititpkan kepada Sayyidina Fata At Tamimi ra.

Tapi di luar sana tiada siapa tahu bahawa Allah dan Rasul mengutuskan seorang pemuda terahsia yang menggerakkan jadual Allah. Jadual Allah dititipkan padanya. Nur Muhammad saw telah menyebut tentang kewujudannya bahkan nama ini yang diperjuangkan Putera Bani Tamim.

Namun sejak akhir-akhir ini nama itu dilupakan dan berlaku salah penggunaan jawatan ini kepada yang bukan pemiliknya.

Saya sebagai penulis telah diamanahkan dan diberi izin oleh  Amirul Mukminin Syeikh Ahmad Abdul Kadir Iskandar D'Zulkarnain untuk mempromosi semula nama yang telah luput dari ingatan manusia yang dijanjikan oleh Allah dan Rasul.

Sekalung penghargaan pada Mohammad Sobree Abu Bakar yang dapat anugerah dari Allah yang telah membongkarkan Rahsia Pemuda Terahsia yang  yang bertajuk AL HASYIMI IDENTITI TERAHSIA KEBANGKITAN ISLAM .

"Nama itu ialah AL HASYIMI atau PUTERA BANI HASYIM ATAU PEMUDA BANI HASYIM (Rahimahullahu taala). Individu ini dititipkan dengan pengetahuan Jadual Allah seperti mana saudaranya yakni Imam Mahdi dan Putera Bani Tamim. 

Beliau diarahkan mencorak dunia menurut kehendak Jadual Allah sedang Roh Rasulullah saw, Imam Mahdi as dan Putera Bani Tamim berada di belakangnya.Perlu saya jelaskan bahawa saya hanya diamanahkan mempromosikan Al-Hasyimi yang sehingga kini dirahsiakan. Saya sendiri tidak diberitahu siapakah dia secara susuk tubuh. 

Allah dan Rasul sedang menyiapkan insan bertuah ini demi menjadikan kebangkitan ummah berjalan menurut jadual Allah. Di pihak musuh Allah, sejak Al-Hasyimi ini dipromosi mereka bagai orang gila bertindak melulu mencari siapakah Al-Hasyimi itu. 

Beliau adalah simpanan Rasulullah saw khas untuk umat akhir zaman. Beliau saat ini mungkin sedang mencorak dunia sekehendaknya berdasarkan Jadual Allah walaupun tidak dikenal manusia. Beliau manusia paling bertuah di dunia ini kerana dijanjikan Allah dan Rasul kehadirannya. "

Siapakah Al-Hasyimi?

Apakah peranannya?

Dimanakah beliau akan muncul?

Segala persoalan di atas terjawab kini setelah di pertemukan dengan Amirul Mukminin Syeikh Ahmad Abdul Kadir Iskandar D'Zulkarnain.
Amirul Mukminin Syeikh Ahmad Abdul Kadir Iskandar D'Zulkarnain adalah
AL HASYIMI atau PUTERA BANI HASYIM ATAU PEMUDA BANI HASYIM (Rahimahullahu taala) 

Berikut adalah petikan dari penulisan Mohammad Sobree Abu Bakar yang dapat anugerah dari Allah yang telah membongkarkan Rahsia Pemuda Terahsia yang  yang bertajuk AL HASYIMI IDENTITI TERAHSIA KEBANGKITAN ISLAM


PENGENALAN 

Al Hasyimi Figure Kebangkitan Islam Kedua Akhir zaman ada beberapa figure utama dalam peristiwa kebangkitan Islam iaitu 

1. Imam Mahdi 

2. Putera Bani Tamim 

3. Al-Hasyimi 

4. Haris Harras 

Figure Imam Mahdi dan Putera Bani Tamim sudah sedia diketahui kewujudannya akan tetapi figure Al-Hasyimi masih menjadi misteri.

Al-Hasyimi adalah seorang lelaki yang mempunyai peranan besar di dalam kebangkitan Islam bahkan beliau adalah kunci bagi kebangkitan Islam. 

Tanpa beliau Putera Bani Tamim dan Imam Mahdi tidak dapat memenangkan Islam. Kerana pentingnya beliau hingga figure ini menjadi rahsia hingga berlaku jadual Allah. 

Tidak seperti Imam Mahdi dan Putera Bani Tamim yang sudah terkenal individu tersebut tetapi Al-Hasyimi tetap dirahsiakan identitinya. 

Siapa Al-Hasyimi? 

Menurut hadis Al- Hasyimi adalah lelaki dari hujung timur. Mempunyai tahi lalat di bahu kiri. mempunyai tahi lalat di tapak tangan kanan/kiri. beliau mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Imam Mahdi dari sebelah Bapa. 

Mengikut pendapat saya beliau adalah lelaki ahlulbait berbangsa Melayu dan ada hubungan kekeluargaan dengan Imam Mahdi. 

Apa peranannya? 

Peranan beliau adalah 

1. Pencetus kepada Daulah di Timur 

2. Orang Kanan kepada Putera Bani Tamim 

3. Putera Bani Tamim dan beliau bergabung dengan Haris Harras untuk memerangi As-Sufyani 

4. Pemegang panji-panji Imam Mahdi semasa Malhamah kubra 

5. Menyerahkan khilafah kepada Nabi Isa as sesudah Imam Mahdi wafat Peranan pertama dikunci suatu ketika dahulu demi menjaga amanah dan rahsia kebangkitan. peranan pertama sangat penting dan tak boleh didedahkan kerana jika Yahudi tahu maka beliau akan diburu dan tak akan dibiarkan hidup. 

Kunci dibuka kerana masanya sudah hampir kerana saat ini munculnya As-Sufyani dan Yahudi sudah bertindak untuk mencari siapakah gerangannya Al-Hasyimi kerana peranan ini sudah mereka ketahui. 

Al-Hasyimi adalah orang yang sangat di monitor dan sangat diburu iblis dan Dajjal kerana peranan beliau pemegang kunci kemenangan dan padanya terdapat rahsia jadual Allah. 

Dia menjadikan Yahudi seolah-olah boneka yang dipermainkan bagi mengisi Jadual Allah. Beliau diberikan maklumat rahsia dari semasa ke semasa untuk membuka kunci rahsia perjalanan jadual Allah. Di zaman Nabi Isa Al Masih as beliau dimuliakan dengan menjadi penyerah kuasa kekhalifahan kepada baginda as.

1 comments: