Friday, June 20, 2014

Jadual Allah : Kebangkitan Dari Timur Mengikut Jadual Allah Era Kasih Sayang

Dengan Hak Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani


Puji-pujian Untuk Allah Yang Maha Berkuasa dan Maha Bijaksana telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul- Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Tuhan untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul. Maka diceritakanlah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah:

Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya. Lalu berlakulah zaman pemerintahan yang menggigit (Zaman Fitnah). Berlakulah zaman itu sepertimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya. Kemudian berlakulah zaman penindasan dan penzaliman (Zaman Diktator) dan berlakulah zaman itu sepertimana yang Allah kehendaki. Kemudian berlaku pula Zaman Kekhalifahan (Imam Mahdi dan Nabi Isa a.s.) yang berjalan di atas cara hidup Zaman Kenabian.” (Riwayat Ahmad)


Ashaari Muhammad bin Idris bin Malik bin Abdul Kadir (Putra Bani Tamim). Biasa disapa dengan Abuya Syeikh Imam Ashaari Muhammad At Tamimi, dilahirkan di kampung Pilin, Negeri Sembilan Malaysia, 30 Oktober 1937 yang silam. Dalam dirinya terdapat asal-usul keturunan Arab dari Bani Tamim yang dibawa dari ayahandanya, sementara ibundanya masih memiliki nasab keturunan Rasulullah SAW . Dalam dirinya juga terdapat asal-usul keturunan Jawa dari Wonosobo. Moyangnya termasuk orang yang awal masuk Islam di Tanah Jawa.
Selanjutnya...

Pemimpin 3 Zaman

Kebangkitan Dari Timur Mengikut Jadual Allah Era Kasih Sayang

Kejatuhan Empayar Melaka pada 1511 Masihi dan bermulanya Zaman Diktator pada tahun 1929 dengan bermula perlantikan Kamal Attaturk sebagai Presiden Turki.

Bermulanya kejatuhan Islam apabila Raja-raja Islam mula tinggal dalam Istana dengan kemewahan dan di hati mereka cinta pada dunia dan takut pada kematian.

Rahmat Kasih Sayang dari Allah untuk umat akhir zaman. Sebelum mengatur kita di atur.

Firman Allah maksudnya:

Maka jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu disebabkan menanggung dukacita terhadap kesan-kesan perbuatan buruk mereka, jika mereka enggan beriman kepada keterangan Al-Quran ini.
Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya.
Dan sesungguhnya Kami akan jadikan apa yang ada di bumi itu (punah-ranah) sebagai tanah yang tandus.
Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah “Ashaabul Kahfi” dan “Ar-Raqiim” itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami?
(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: “Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami”.


(Surah  18. Al-Kahf : Ayat 6 - 10)


4 Pemimpin Yang Di Janjikan Dari Timur

Firman Allah maksudnya :

Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk.
Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: “Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran.


(Surah  18. Al-Kahf : Ayat 13 - 14)

Kata Kunci Kemenangan Islam

Rahsia Kod 1453:

1= Nur Muhammad s.a.w
4= Khulafa Ar-Rasyidin & Khulafa Akhirul Zaman

Khulafa Ar-Rasyidin (Khalifah mendapat petunjuk)
  • Sayidina Abu Bakar As-Siddiq R.A
  • Sayidina Umar Al-Khattab R.A
  • Sayidina Uthman Bin Affan R.A
  • Sayidina Ali Bin Abi Talib R.A K.W.J
Khulafa Akhirul Zaman (Khalifah akhir zaman)
  • Sayidina Imam Mahadi Al-Muntazar A.S
  • Sayidina Abuya Fata At-Tamimi R.A
  • Sayidina Haris Al-Harras R.A
  • Sayidina Fata Al-Hasyimi R.A K.W.J

5.3 = 503 Tahun Melaka tiada BerSULTAN.

Dapatkan maklumat lanjut

Alter Terahsia Melaka (Siri 3) : 

RAHSIA 1453 MASEHI & 1511 MASEHI


4 Khalifah yang di janjikan untuk kebangkitan dari Timur ;


  • Sayidina Imam Mahadi Al-Muntazar A.S
  • Sayidina Abuya Fata At-Tamimi R.A
  • Sayidina Haris Al-Harras R.A
  • Sayidina Fata Al-Hasyimi R.A K.W.J

  • Sayidina Imam Mahadi Al-Muntazar A.S di bantu oleh Sayidina Abuya Fata At-Tamimi R.A. 

    Sayidina Imam Mahadi Al-Muntazar A.S
    hidup pada zaman berakhirnya pemerintahan Raja dan di awal Zaman Diktator.  Pada tahun 1929 telah ghaib semasa kemelesetan ekonomi yang teruk sehingga berlakunya Perang Dunia ke 2. 

    Sayidina Abuya Fata At-Tamimi R.A pula dilahirkan pada tahun 1937, iaitu pada zaman penjajahan Inggeris.  Selepas merdeka Abuya berjaya menubuhkan Jemaah dan berjaya ke peringkat global.
    Abuya Ghaib pada 13 Mei 2010.

    Sayidina Fata Al-Hasyimi R.A K.W.J

    Seorang pemuda terahsia yang menggerakkan jadual Allah. Jadual Allah dititipkan padanya.

    Nur Muhammad saw telah menyebut tentang kewujudannya bahkan nama ini yang diperjuangkan Putera Bani Tamim.  

    Nama itu ialah AL HASYIMI atau PUTERA BANI HASYIM ATAU PEMUDA BANI HASYIM (Rahimahullahu taala). Individu ini dititipkan dengan pengetahuan Jadual Allah seperti mana saudaranya yakni Imam Mahdi dan Putera Bani Tamim. Beliau diarahkan mencorak dunia menurut kehendak Jadual Allah sedang Roh Rasulullah saw, Imam Mahdi as dan Putera Bani Tamim berada di belakangnya.

    Allah dan Rasul sedang menyiapkan insan bertuah ini demi menjadikan kebangkitan ummah berjalan menurut jadual Allah.

    Di pihak musuh Allah, sejak Al-Hasyimi ini dipromosi mereka bagai orang gila bertindak melulu mencari siapakah Al-Hasyimi itu. Beliau adalah simpanan Rasulullah saw khas untuk umat akhir zaman.

    Beliau saat ini mungkin sedang mencorak dunia sekehendaknya berdasarkan Jadual Allah walaupun tidak dikenal manusia.

    Beliau manusia paling bertuah di dunia ini kerana dijanjikan Allah dan Rasul kehadirannya.

    Siapakah Al-hasyimi?

    Apakah peranannya?

    Dimanakah beliau akan muncul?





       




    1 comments:

    1. eCm Titanium & Titanium, A$14.50/€12.50 - Titanium Art
      Custom designed and sold titanium flat iron by TITNACO, Inc.. 슬롯 가입 머니 T&T how strong is titanium Titanium & Titanium is an titanium cost alloy resin for the production of high quality ion titanium on brassy hair metal works.

      ReplyDelete