Saturday, June 28, 2014

Warisan :Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

Kediaman Maharani di Kuala Kangsar Perak.Bonda kepada Amirul
Mukminin Syeikh Ahmad Abdul Kadir Iskandar D'Zulkarnain 

Sempena menyambut kedatangan 1 Ramadhan 1435 bersamaan dengan 29.6.2014, dari lubuk hati yang paling dalam ini ingin kongsi kisah yang pasti menyentuh hati semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum yang tinggal di Bumi Berdaulah ini.Kisah ini berkenaan Syeikh Ahmad Abdul Kadir Iskandar D'Zulkarnain serta keluarganya yang bakal menjadi kejutan kepada semua di Malaysia malah seluruh dunia.  

Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang yang telah hadirkan di dunia in  Syeikh Ahmad Abdul Kadir Iskandar D'Zulkarnain serta keluarganya yang boleh di jadikan contoh untuk semua berhubung erti satu pengorbanan dan kesabaran  dalam hadapi dugaan dan cabaran kehidupan di Bumi Berdaulah  ini untuk mendapat anugerah dariNya jadikan "Hati mereka semua seperti kepingan -kepingan Besi. Di Hati Mereka ini setiap detik dan saat di hubungkan dengan Allah dan Rasul".

Kehidupan yang kita lalui di dunia ini ibarat hiburan dan permainan. Kembali kita renungkan betapa hidup ini berjalan sangat cepat. Ramadhan  tiba lagi. Masa berlalu begitu saja tanpa terasa, bahkan hari hari pun juga berlalu dengan cepat. Hidup ini teramat cepat, ibarat kita hanya mengambil seteguk air. Hidup ini hanya sekedar satu tempat persinggahan.

Ada banyak nikmat di dunia ini yang kita rasakan, sangat banyak dan terkadang kita lupa untuk mensyukurinya. Tidak kurang diantara kita lupa bahwa nikmat ini hanyalah dariNya dan semua ini akan kembali kepadaNya termasuk nyawa dan semua yang kita miliki. Mana milik kita semua yang ada Tuhan yang punya.

Maksud firman Tuhan:

Demi Masa!. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Al-Asr,103:1-3).

Semoga dengan kisah ini, di bulan yang penuh kemuliaan maka marilah kita semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa memohon keampunan dari Allah serta minta Amirul Mukminin Syeikh Ahmad Abdul Kadir Iskandar D'Zulkarnain dan keluarganya di halalkan segala yang telah di gunakan oleh semua nenek moyang dan kita semua hingga kini kerana aset-aset yang telah di gunakan oleh semua rakyat Malaysia  dari tarikh bermula kemerdekaan sehinggalah sekarang sebenarnya dari REZEKI ALLAH yang di amanahkan untuk Amirul Mukminin Syeikh Ahmad Abdul Kadir Iskandar D'Zulkarnain dan keluarganya untuk
kepentingan umat.

Maka pada bulan Ramadhan 1435 ini, saya telah di amanahkan dan di berikan kebenaran oleh Amirul Mukminin Syeikh Ahmad Abdul Kadir Iskandar D'Zulkarnain untuk membongkarkan Rahsia Kebenaran yang terpendam selama 57 tahun ini kepada semua penduduk Malaysia di dunia ini.   Kisah yang begitu menyayat hati dan perasaan kepada semua bangsa di dunia ini bagaimana skrip Jadual Allah ini memaparkan bagaimana Pemerintah Malaysia yang bermula dari Perdana Menteri Pertama sehinggalah sekarang yang telah berlaku zalim dan menafikan hak-hak Amirul Mukminin Syeikh Ahmad Abdul Kadir Iskandar D'Zulkarnain dan keluarganya.

DENGAN HAK ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

KASIH SAYANG .... MENULIS DARI LUBUK HATI YANG PALING DALAM

Firman Allah maksudnya;
Dan demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu (supaya nyata segala kebenaran), dan supaya mereka kembali (kepada kebenaran).
Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad), khabar berita seorang yang kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) Kami. kemudian ia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu ia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dari orang-orang yang sesat.
Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir.
Amatlah buruknya bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, dan mereka pula berlaku zalim kepada diri merela sendiri.
    

(Surah 7 : Ayat 174 -177)

Salam Kasih Sayang Untuk Semua;

SULTAN , RAJA DAN DIPERTUAN NEGERI BESAR 
DI SELURUH MALAYSIA
PERDANA MENTERI MALAYSIA SERTA BARISAN KABINET-KABINET

MENTERI BESAR DAN KETUA MENTERI SELURUH MALAYSIA 
AHLI PARLIMEN SERTA ADUN DI 222  KAWASAN PARLIMEN
PEMIMPIN-PEMIMPIN PARTI POLITIK
PEMIMPIN NGO-NGO/PERSATUAN/KOPERASI


SERTA SELURUH RAKYAT MALAYSIA


Berikut di paparkan kisah perjalanan hidup Syeikh Ahmad Abdul Kadir Iskandar D'Zulkarnain. Di lahirkan di Bumi Malaysia ini yang asalnya di kenali Tanah Melayu. Di bumi inilah bermulanya ketamadunan pertama dunia.  Alter Terahsia Bangsa Melayu ini hanya segelintir sahaja di ambil tahu oleh orang Melayu setelah 503 tahun di jajah dan pelbagai usaha dan tipudaya musuh untuk hapuskan Bangsa Melayu ini.   

Sebagaimana pada pembukaannya menerajui ketamadunan dan peradaban yang pertama, maka di akhiur zaman ini pasti penutupnya dengan penuh kegemilangan.  Inilah Jadual Allah Berhubung Kebangkitan Dari Timur Era Kasih Sayang.  

Sebelum mengatur kita di atur.  

Firman Allah maksudnya;
Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatupun), kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.
(Surah 81 : Ayat 29 ) 
 
Siapakah Amirul Mukminin Syeikh Ahmad Abdul
Kadir Iskandar D'Zulkarnain
Di lahirkan pada 16 Mei 1972 di Perak dan nama dalam pendaftaran negara ialah Ahmad Abdul Kadir bin Ismail.    Di lahirkan pada umur 6 bulan 9 hari.  

###Ayahnya bernama Ismail terkenal dengan gelaran Ismail Pulau Besar @ Tok Perak @ Ismail Simpang 4.    Sebelum berlaku 13 Mei 1969 , telah berkumpul 17 pemimpin-pemimpin Melayu bertemu dengan ayahnya, maka bertitik tolak dari pertemuan itulah seramai 17 pemimpin2 tersebut telah berbaiah dengan Ismail Pulau Besar.   Di antaranya ialah Kiyai Salleh, Dato' Harun, Rashid Maiden, ......  Baiah yang berasaskan Piagam 13 dan merupakan salah satu dari sunah Rasululullah SAW  

Sultan Antah Berantah dati Kesultanan Acheh adalah moyang kepada Syeikh Ahmad Abdul Kadir Iskandar D'Zulkarnain . .Perjanjian 1824 di Pulau Pinang melibatkan 3 pihak iaitu Belanda,Inggeris dan Sultan Antah Berantah maka pada masa itu Indonesia di bawah naungan Belanda manakala Tanah Melayu di bawah naungan Inggeris.  Dalam perjanjian itu juga di persetujui bersama, bila tiba tempoh yang di tetapkan maka Tanah Melayu dan Indonesia akan di kembalikan semula kepada keturunan Sultan Antah Berantah.. 

Setelah 133 tahun berlalu, maka pada tarikh 31 Ogos 1957 Tanah Melayu di beri kemerdekaan oleh British dan seterusnya  di tukarkan kepada Malaysia.  

Semasa era penjajahan pelbagai usaha jahat telah di buat secara halus untuk gagalkan Jadual Allah.   Mereka laksanakan dasar pecah dan belah, menukarkan Raja-raja dan membawa masuk pendatang-pendatang dari China dan India.  

Maka bermula tarikh kemerdekaan, pihak musuh ini telah lepaskan satu senjata yang amat bahaya iaitu penjajahan minda melalui Sihir Kaballah yang dijadikan sistem dalam kehidupan yang melibatkan Perlembagaan Negara, Sistem Politik Demokrasi, Kebudayaan, Pendidikan dan pelbagai lagi.  Tujuan utama ialah untuk Bangsa Melayu ini Cinta kepada Dunia dan takutkan kematian.

Akhirnya setelah 57 tahun kemerdekaan, terbukti Sistem-sistem  yang di gunakan  itu  jadikan
umat manusia di dunia dewasa ini sedang berhadapan dengan berbagai krisis yang sangat membahayakan kehidupan manusia : krisis politik, sosial, ekonomi, moral, pendidikan, kemanusiaan dan berbagai macam krisis lainnya. Terjadi perselisihan, penzaliman, pembunuhan dan peperangan yang menyebabkan pertumpahan darah. Masyarakat hidup mengikuti nafsunya masing-masing. Yang kaya menderita, susah hati dalam menjaga dan menambah kekayaannya, yang miskin tidak sabar, susah hati karena tak memiliki harta dan melihat si kaya dengan penuh cemburu. Pergolakan politik di kalangan elit tidak pernah berhenti laksana air laut yang senantiasa bergolak, saling jatuh-menjatuhkan perkara biasa, berebut jabatan mengorbankan nyawa, muda-mudi hidup berfoya-foya dan terlibat narkoba, maksiat di mana-mana, kriminalitas tidak berhenti, ibarat air sungai yang mengalir setiap waktu. Manusia hidup dalam kesusahan dan penderitaan. Jiwa-jiwa masyarakat tidak tenang, mereka bagai hidup dalam neraka dunia.

Krisis yang sangat membahayakan seperti yang dialami umat manusia sekarang ini pernah terjadi dalam sejarah kehidupan manusia dan Al Qur’an memberikan contoh jalan keluarnya. Jalan penyelesaian untuk keluar dari krisis multidimensi yang sangat berbahaya bagi umat manusia di dunia dan akhirat ini adalah dengan kembali dan merujuk kepada Allah melalui ‘wakilNya’ di muka bumi. 
 
Parti UMNO yang pertama di tubuhkan untuk terlibat dalam pilihanraya bagi  mendapatkan kuasa untuk memerintah. Seterusnya PAS ditubuhkan dan kemuncaknya perpecahan Melayu bila Parti KEADILAN di tubuhkan.  Akhirnya pada PRU 13 yang lalu, 3 Parti Melayu itu menjadi pengemis kepada kaum minoriti. 
 
Rakyat Malaysia hari ini sudak muak dan menyampah dengan sandiwara parti2 politik.  Rakyat sudah tidak percaya dengan sistem yang ada pada masa ini.

Kini adalah masa dan saatnya, Kebenaran Datang Maka Kebatilan Jatuh.   Allah Maha Bijaksana dalam JadualNya.    Bagaimana pelbagai usaha-usaha musuh untuk hancurkan Jadual Allah Dari Timur ini, mereka tidak juga berjaya.  Banyak senjata musuh akhirnya "Makan Tuan".

Kisah
hidup Syeikh Ahmad Abdul Kadir Iskandar D'Zulkarnain ini bagaimana Maha Bijaksana dan Maha Berkuasa Allah yang merencana dan mengatur perjalanan hidup beliau yang di persiapkan untuk membuka kunci Daulah di Malaysia.  Tuanku telah menempoh pelbagai ujian dan cabaran .  Dari usia mecil lagi Tuanku di beri dan mendapat pelbagai ilmu yang melibatkan proses pembelajaran 3,5,7, dan 9.
 
Proses ini adalah proses pembelajaran anak-anak raja demi menjadi raja-raja agung. Pada usia kecil mereka akan di dedahkan dengan adat-adat yang di pegang oleh kewalian 3, seterusnya belajar silat dari kewalian 5, seterusnya belajar agama dari kewalian 7 dan akhirnya belajar tentang kehidupan dari kewalian 9. Mereka di dedahkan demi mecncapai syariat,hakikat makrifat dunia dan akhirat. Akhirnya tahulah mereka apakah itu ILMU SEGALA.
Ilmu segala yang telah di turunkan pada yang haq adalah lesen mengenai siapakah mereka-mereka ini. Jika mereka mampu menyebut nama-nama ilmu dalam titisan lautan keilmuan ALLAH, makanya, dialah waris ADAM, NUH, MUSA, IBRAHIM dan MUHAMMAD yang bertubuh manusia dan punyai kekuatan Roh.   

Bayangkan bagaimana selama 42 tahun, Tuanku di besarkan dalam kehidupan yang biasa sebagai rakyat sedangkan Negara Malaysia menggunakan aset-aset yang menjadi warisannya.   Bayangkan bagaimana pemerintah seperti Raja2 dan pegawai2nya hidup penuh kemewahan dalam Istana2 di setiap negeri, manakala Perdana Menteri dan Menteri-menteri Kabinet beserta YB2 begitu tamak dan rakus untuk membolot kekayaan sedangkan aset-aset itu adalah kepunyaan Tuanku yang di amanahkan oleh Allah.  
Selama 57 tahun Pemimpin2 Malaysia ini di beri peluang memerintah dan membolot kekayaan, tapi akhirnya bila tiba masa untuk pengadilan dan menerima pembalasan atas segala amal perbuatan mereka selama ini.
Firman Allah maksudnya;

90. Al-Balad


[1]Aku bersumpah dengan negeri (Makkah) ini;

[2]Sedang engkau (wahai Muhammad) tinggal di negeri ini (sentiasa ditindas),

[3]Demi manusia yang melahirkan zuriat, dan zuriat yang dilahirkannya;

[4]Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran (jasmani dan rohaninya);

[5]Patutkah manusia yang demikian keadaannya (terpedaya dengan kekuasaan yang ada padanya dan) menyangka bahawa tidak ada sesiapapun yang dapat mengatasi kekuasaannya (dan menyeksakannya)?

[6] Manusia yang demikian keadaannya (tidaklah patut ia bermegah-megah dengan kekayaannya dan) berkata: “Aku telah habiskan harta benda yang banyak (dalam usaha menegakkan nama dan bangsa).

[7] Adakah ia menyangka bahawa tidak ada sesiapapun yang melihatnya (dan mengetahui tujuannya menghabiskan harta bendanya itu?

[8] (Mengapa manusia terpedaya dan bermegah-megah?) Tidakkah Kami telah menjadikan baginya: dua mata (untuk ia memerhatikan kekuasaan dan kekayaan Kami?) -

[9 Dan lidah serta dua bibir (untuk ia menyempurnakan sebahagian besar dari hajat-hajatnya)?

[10] Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan, (jalan kebaikan untuk dijalaninya, dan jalan kejahatan untuk dijauhi)?

[11] Dalam pada itu manusia tidak (memilih jalan kebaikan) merempuh masuk mengerjakan amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan;

[12] Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui: apa dia amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan itu?

[13] (Di antara amal-amal itu – bagi orang yang mampu) ialah: memerdekakan hamba abdi;

[14] Atau memberi makan pada hari kelaparan -

[15] Kepada anak yatim dari kaum kerabat,

[16] Atau kepada orang miskin yang terlantar di atas tanah.

[17] Selain dari (tidak mengerjakan amal-amal) itu, ia (tidak pula) menjadi dari orang-orang yang beriman dan berpesan-pesan dengan sabar serta berpesan-pesan dengan kasih sayang.

[18] (Ketahuilah! Bahawa orang-orang yang beriman serta berusaha mengerjakan amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan), merekalah golongan pihak kanan (yang akan beroleh Syurga).

[19] Dan (sebaliknya) orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Kami, merekalah golongan pihak kiri. -

[20] Mereka ditimpakan (azab seksa) neraka yang ditutup rapat (supaya kuat bakarannya).
Satu renungan untuk Pemimpin-pemimpin Malaysia
Apakah dosa dan kesalahan yang Tuanku dan kaum kerabatnya pada semua sehingga di perlakukan begitu zalim dan di tindas untuk menafikan hak Tuanku sebagai pemilik kepada aset-aset.
Pada Era Perdana Menteri Pertama sehingga ke Tiga, mereka masih lagi ada sedikit peradaban iaitu dengan berjumpa dengan Ayahanda pada Tuanku untuk mohon kebenaran untuk menggunakan aset-aset warisan.   
Malang sekali, bila tiba era Perdana Menteri ke 4 iaitu Dr. Mahathir, beliau langsung tidak mohon keizinan dan berjumpa dengan Ayahanda Tuanku.  Aset-aset Tuanku telah di gunakan secara haram dan berleluasa dan hanya mementingkan segelintir kroni-kroni sahaja.   Kisah yang langsung tiada peradaban ini di teruskan sehingga kepada PM yang ke 6 Najib Razak.   
Apakah Dr. Mahathir serta Najib Razak tidak mengambil iktibar dan tauladan bagaimana kisah Presiden Soekarno yang telah cuba untuk menyalahguna aset2 warisan ini akhirnya jatuh dengan kehinaan dan segala aset2 beliau telah dibekukan. Kisah yang sama juga berlaku pada Presiden Soeharto.

Apakah benar Pemimpin2 UMNO sebenarnya yang mengeluarkan segala harta benda mereka untuk membangunkan negara Malaysia ini?

Sekian lama kita di dendangkan oleh pemimpin UMNO dengan penuh kesombongan dan kemegahan bahawa kerana mereka dan Parti UMNO yang membuatkan kemakmuran di Malaysia.
Najib Razak begitu megah sekali dalam mengagihkan BR1M.
OH RUPA-RUPANYA SEMUA RAKYAT MALAYSIA TELAH TERTIPU DENGAN SANDIWARA PARA PEMIMPIN INI!  
Akhirnya Rahsia ini terbongkar apabila pada bulan Oktober 2013 Tuanku telah kaviat  Pemerintah Malaysia yang mana telah bicarakan oleh ICJ dan terbukti 300 % loss..  Begitu besar jumlahnya bagaimana penyelewengan dan penggunaan aset-aset Tuanku dan akhirnya secara realitinya pemerintah Malaysia hari ini sudah tidak ada kuasa lagi.  
Kini 7 bulan telah berlalu, Najib Razak serta konco-konconya masih berdegil lagi untuk memegang kuasa pemerintahan negara.  
Akhirnya kini rakyat mula saksikan bagaimana pemimpin-pemimpin UMNO yang menjawat jawatan Menteri akhir menjadi tak ketahuan dan macam2222...


Apabila tiba masa akhirnya ;

Firman Allah maksudnya;

Dan demi sesungguhnya, Kami telah tulis di dalam Kitab-kitab yang Kami turunkan sesudah ada tulisannya pada Lauh Mahfuz: “Bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hambaKu yang soleh”. 
(Surah 21 :105)


 




2 comments: